Thursday 28 March 2013

OPS DAULAT : Krisis Ini Ganjil Dan Luar Biasa





YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Taib Mahmud mendesak kerajaan supaya menubuhkan RCI mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 anggota Pasukan keselamatan Negara kita.

Ketika ditembual oleh Ketua Editor, Portal Merdeka-Online di Kuching, beliau mempersoalkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai ganjil dan luar biasa. Tanya beliau, “Kenapa Sekarang?”.

Beliau sangat yakin bahawa wujud dalang di sebalik pencerobohan tersebut, kerana ianya dilakukan ketika Negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13.

Sebelum ini, beberapa portal dan blog turut mendedahkan bahawa Jamalul Kiram turut menuntut wilayah Borneo yang meliputi negeri Sarawak. Malah seorang anggota keselamatan dari negeri Sarawak turut terkorban di Lahad Datu kerana mempertahankan kedaulatan tanah air.

SANDIWARA

YAB Ketua Menteri Sarawak juga mengecam individu-individu politik yang menuduh peristiwa di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Kata beliau dengan nada serius, “Ini Bukan drama!”. “Apakah kematian 10 anggota pasukan keselamatan kita suatu drama?” soal beliau.

Menurut beliau lagi, semua ini adalah agenda dan skrip yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang aman, namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka sudah sampai ke tahap memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat sendiri, semata-mata untuk berkuasa.

Oleh itu, beliau mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan RCI supaya dalang-dalang di sebalik pencerobohan tersebut dapat diadili, dan seterusnya mendedahkan kepada rakyat Malaysia siapakah dalang di sebalik pencerobohan tersebut.

Beliau meminta rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

OPS DAULAT : Pengawal "Imam Tua" Serang Anggota Keselamatan Dengan Barong!!!




"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

Imam Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA

VIDEO OPS DAULAT : Habis Laa... Confirm 3 Individu Ini Ke Manila!!!





Video di bawah ini dirakam pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu) semasa Program Sambutan CNY PKR 2013.

Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.







Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua yang diambil daripada akaun Twitter milik beliau;






Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;
"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013),  saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"


Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama. 

ARTIKEL BB SEBELUM INI MENGENAINYA. KLIK SINI

Kalaupun dengan tujuan untuk mencari bahan bukti berkaitan kes Amalilio, kenapa perlu ambil masa sehingga lebih kurang sepuluh (10) hari. Pelik bukan!....

LAGI PEMBONGKARAN DI SINI - SUMBER

OPS DAULAT: Hanya Hukuman MATI Yang Setimpal Bagi Dalangnya!!!



Beberapa orang pengganas Sulu yang berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan sudahpun dihadapkan ke mahkamah. Mereka ini bakal berdepan hukuman mati mahupun penjara seumur hidup.

Jika dibandingkan dengan kekejaman yang telah dilakukan oleh pengganas-pengganas Sulu ini terhadap anggota keselamatan yang telah terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara, bagi penulis hukuman yang bakal mereka terima tidaklah seberapa.

Seandainya negara Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang, penulis percaya, pengganas-pengganas Sulu yang berjaya ditangkap hidup-hidup ini sudah pasti tidak bernyawa lagi. Penulis sangat pasti, ketika pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka, bedilan senjata sahaja yang akan menyinggahi tubuh mereka.





Namun, dek kerana negara ini merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan memuliakan undang-undang, maka terselamatlah para pengganas Sulu yang tertangkap itu daripada bedilan senjata pasukan keselamatan.

Pengakuan salah seorang daripada pengganas yang berjaya ditahan bahawa sebenarnya dia telah diupah oleh seseorang untuk menjadi pengganas. Tetapi malangnya, menurut beliau pemberi upahnya tidak pula dikenali.

Penulis percaya dengan kehebatan pasukan keselamatan kita dalam mencari siapa sebenarnya dalang yang berada di belakang insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu ini, apatah lagi saban hari semakin banyak petunjuk yang timbul, tidak lama lagi sudah pasti kes ini berjaya diselesaikan.

Apabila dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan Sabah ini yang telah mengorbankan serta mencederakan beberapa orang anggota keselamatan kita dapat dibuktikan kesalahannya, seeloknya jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya itu. Tiada bezanya dia dengan pengganas yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja jahatnya.

Justeru, jika pengganas yang diupah itu dijatuhkan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup, jatuhkan juga hukuman mati kepada dalangnya!

Wednesday 27 March 2013

OPS DAULAT : LAGI KISAH VAT 69 YANG MENUNJUKKAN KEPERWIRAAN SEJATI!!!

Semangat pengorbanan dan keberanian ini diceritakan tiga anggota pasukan Komando VAT69 yang tercedera semasa menentang musuh di Kg Tanduo.


Mereka ialah Koperal Azman Ampong, 39, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, antara yang diraikan malam tadi pada majlis meraikan para wira polis peringkat negeri Perak yang menyertai Operasi Daulat.OPS


Semangat bantu membantu di kalangan para pejuang negara ketika menghadapi serangan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah tinggi.


Mereka sentiasa bersedia untuk menolong rakan-rakan sepasukan yang menghadapi kesulitian ketika menentang musuh sehingga ada yang terkorban.







Koperal Azman menceritakan mereka dibahagikan kepada empat kumpulan, Alpha, Bravo, Charlie dan Delta untuk mengepung kawasan berkenaan bagi mengelak pengganas daripada menceroboh ke kawasan lain.


"Dalam kejadian pagi itu, musuh berada di sekeliling kami. Saya dan Tarmizi dari kumpulan Charlie manakala Qaiyum dari kumpulan Delta. Ikut perancangan asal, pasukan Bravo dan Charlie adalah unit gempur".


"Semasa serangan berlaku, mereka (pengganas) hanya nampak saya dan Tarmizi kerana kami berada di barisan hadapan yang jarak antara pokok kelapa sawit, tempat kami berlindung dengan mereka yang berada di hadapan, hanya selang tiga pokok sahaja.


"Ketika saya dan Tarmizi berlindung di sebalik pokok yang sama, saya terkena tembakan pada bahagian kanan sementara Tarmizi pada bahagian kiri.


"Apabila tangan kiri Tarmizi mengenai tembakan, pelurunya pula telah habis dan dia tidak boleh menukar peluru. Dan semasa saya minta dia berundur ke belakang, saya terkena tembakan di bahagian belakang," katanya.


Azman berkata kemungkinan besar rakan mereka Allahyarham ASP Zulkifli Mamat ditembak musuh ketika mahu mengambil alih tempat Tarmizi yang berundur ke belakang.


"Kemungkinan arwah nampak Tarmizi mahu keluar dan dia ingin ambil alih tempat Tarmizi kerana dia berada di bahagian belakang. Saya lihat dia terbaring menghadap saya dan keadaan badannya terkeluar dari lindungan pokok, seperti dia mahu menuju ke arah saya," katanya.


Mohd Tarmizi pula berkata beliau masih ada kekuatan selepas terkena tembakan. "Saya masih teringat cara musuh serang dan tembak sebab jarak antara saya dengan musuh tidak jauh," katanya.


Bagi Mohammad Qaiyum, beliau yang berada dalam kumpulan Delta terkena tembakan curi ketika mahu membantu rakan-rakan dari pasukan lain.


"Kami berada dalam kumpulan berasingan dan mempunyai tugas masing-masing. Ketika kumpulan Bravo dan Charlie di serang, saya yang berdekatan dengan mereka datang membantu.


"Saya ditembak curi dan hampir terkorban. Saya terhutang budi dan nyawa kepada rakan yang selamatkan saya kerana mereka sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya walaupun mereka tahu yang mereka juga berada dalam keadaan bahaya," katanya.


Kesemua mereka kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Lumut.


Pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM300,000 kepada Tabung Wira Operasi Daulat. -BERNAMA

OPS DAULAT : Kesultanan Sulu Tidak Mampu Tanpa Bantuan Pihak Lain - MNLF

"Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (di Lahad Datu dan Semporna).

"Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada 'pihak' tertentu," katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina, Rabu.





Siasatan dalaman Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan menggelar diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat 'bantuan dan sokongan' pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.


Pengerusi MNLF Muslimin Sema berkata kesimpulan itu berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.


Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang 'nama atau wajah'.


Sebulan lepas, kumpulan yang menggelar diri mereka kesultanan Sulu, menghantar kumpulan bersenjata diketuai Azzimudie Kiram ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, untuk menuntut Sabah sebagai warisan nenek moyang mereka.


Tindakan mereka mencetuskan pertempuran bersenjata dengan pasukan keselamatan Malaysia yang mengepung kumpulan itu sebelum melancarkan operasi serangan ofensif dari udara dan darat untuk memaksa mereka berundur setelah melepasi beberapa tarikh akhir untuk mereka meletak senjata.


'Operasi Daulat' yang masih diteruskan itu sehingga kini menyaksikan 63 pengganas bersenjata dibunuh dan 10 anggota keselamatan terkorban.


Media Filipina dan pegawai risikan republik itu mendakwa pengganas itu 'dijemput' ke Sabah oleh pemimpin yang bekerjasama rapat dengan parti pembangkang tertentu Malaysia.


Ditanya sama ada kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) yang didakwa mengetuai pencerobohan ke atas Sabah wujud sebelum ini, Muslimin berkata beliau tidak pernah mendengar tentang RSF sebelum berlakunya insiden di Sabah itu.


"Inilah kali pertama saya mendengar tentang tentera (RSF) ini," katanya.


Muslimin berkata siasatan dalaman dijalankan oleh setiausaha agung MNLF, yang pergi ke Tawi-Tawi dan Sulu minggu lepas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai dakwaan pembabitan anggota pasukan tetap dan bukan tetapnya dalam insiden pencerobohan di Sabah.


Siasatan itu mendapati anggota pasukan tetap dan bukan tetap MNLF yang terbabit dalam pencerobohan itu, kata Muslimin, yang juga naib datuk bandar Cotabato City.


"Sebahagian besar pejuang kami di Tawi-Tawi telah bersara dan menyertai pertubuhan politik, manakala pejuang kami di Sulu pula di bawah kuasa pemerintahan Ustaz Khabier Malik," katanya.


Muslimin, yang juga diminta mengulas kenyataan Nur Misuari bahawa beliau masih pemimpin MNLF, berkata jawatankuasa pusat MNLF memutuskan pada 2008 untuk memilih beliau (Muslimin) sebagai pengerusi barisan berkenaan.


--BERNAMA

"Saya Tak Kuat Seperti Papa" - Nurul Izzah




Diifahamkan oleh satu sumber bahawa Nurul Izzah menangis bila Saifuddin Nasution buat dakwaan ada video seksnya bersama pensyarah bakal tersebar..

Tak tahu lah sama ada Saifuddin dah tengok video tu atau tak, tapi rasanya tak patut Setiausaha Agung PKR tu buat macam tu pada Izzah..

Saifuddin kena ingat.., airmata Izzah tu adalah airmata rakyat! Kalau anak pompuan Anwar tu menangis, confirm ramai rakyat pun menangis jugak beb..

Gua ingat lagi dulu masa Anwar dikatakan disuntik dengan arsenik dan HIV sewaktu dalam penjara Sg Buloh.., Wan Azizah terpaksa jual airmata ke seluruh negara untuk cari simpati..

Masa tu.., ramai makcik-makcik di kampung tertipu dengan lakonan Wan Azizah.. Rupa-rupanya suntikan arsenik dan juga HIV tu hanyalah sandiwara laki bini tersebut je..

Sekarang, gua yakin skrip yang sama diwarisi oleh Nurul Izzah.. Cuma bezanya sekarang ialah video seks.., bukannya arsenik atau HIV lagi dah..

So percayalah..., semua ni hanya satu lagi sandiwara produksi Anwar and the family bagi mendapat simpati rakyat..

Tak percaya?? Tunggu lah sikit masa lagi kesudahan cerita video seks Izzah ni.. Nampak sangat menipunya beb!



BB : Apakah Politik Kita Telah Dipenuhi Dengan"SEKS DAN LUCAH" Yang Melampau?? Eeiii. JIJIK!!! Sebab Itu BB Tak Minat Masuk Politik!!!

OPS DAULAT!!! RM50 Untuk Menjadi Tentera Sulu


Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50.

"Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5.




KAD pengenalan pengganas Sulu milik Komander Habib Musa A. Abdullah yang mati ditembak pasukan keselamatan Malaysia pada 7 Mac lalu.

Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.

Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian.

"Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina," katanya semalam.

- KOSMO

13 Kejutan Buat Rakyat Malaysia Menjelang PRU 13


[1] SIRI 13 KEJUTAN YANG BAKAL DILAKUKAN @anwaribrahim & Pakatan Rakyat Menjelang #PRU13 #TolakPR #BNBagus #Najib4PM




#Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13 #Najib4PM #BN4Selangor #BN4Malaysia #Vote4PM #Vote4BN #Transformasi #SaveKedah #TukarKelantan #UbahPenang #SavePenang #SayangiSelangor

TRAGEDI!!! KEBAKARAN DI KG NUMBAK, MENGGATAL, SABAH


Berdasarkan maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba dan Penyelamat, Kota Kinabalu, pihak bomba menerima panggilan pada 7.09 minit malam tadi satu kejadian kebakaran telah berlaku di kampung Numbak, Menggatal.

Sebanyak 3 jentera Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama 18 anggota digegaskan ke tempat kejadian dan turut melibatkan bantuan 1 jentera dan 8 anggota dari Balai Bomba Lintas.






Operasi tersebut diketuai, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu, Haji Hamsa Isnurdini.

Turut berada di lokasi kejadian Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Nordin Pauzi.

Operasi pemadaman dihentikan dan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11 malam tadi.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, wakil rakyat Karambunai, Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid ketika dihubungi memberitahu pihaknya telah meminta pihak berkenaan agar para penduduk ditempatkan dibeberapa penempatan sementara yang telah dikenalpasti termasuklah SK. Kebagu dan Surau Kampung Selembangun.

Dalam pada itu, usaha memastikan penyaluran bantuan kebajikan seperti makanan, minuman, selimut, bantal dan tilam kepada mangsa kebakaran di kawasan terbabit juga sedang giat dilaksana melalui inisiatif wakil rakyat serta kerjasama para pemimpin masyarakat setempat.


GEMPAR!!! Satu Lagi TRAGEDI Menimpa Sabah Hari Ini


GEMPAR!!! Satu lagi peristiwa yang boleh BB katakan sebagai TRAGEDI menimpa Sabah hari ini.

Sebuah perkampungan tradisional di Kg. Numbak, Sepanggar yang mengandungi sekitar 400 buah rumah musnah dalam satu insiden kebakaran sekitar jam 8.00 malam tadi.



Menurut sumber BB yang merupakan salah satu daripada keluarga mangsa, kebakaran itu berlaku dengan terlalu cepat disebabkan faktor binaan rumah yang rapat serta diperbuat daripada kayu.

Ketika kejadian, semua penduduk bertempiaran lari khususnya ke atas sebuah bukit berdekatan tanpa sempat menyelamatkan barangan dan harta benda mereka. Mereka hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja. 

Maklumat penuh akan menyusul.

Tq

LAGI GAMBAR-GAMBAR. KLIK SINI

39 Ahli Keluarga Kiram Menetap Di Semporna???




Sebanyak 39 daripada 183 kenalan komander kumpulan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram di laman sosial Facebook dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.


Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.


Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.


Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.


Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.

- SUMBER

OPS DAULAT : SEPUCUK PISTOL DITEMUI SELEPAS BERBALAS TEMBAKAN




Sepucuk Pistol Yang Ditemui Selepas Berbalas Tembakan Pagi Tadi 



Pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi, bertempat di Sungai Nyamuk, telah berlaku tembak menembak diantara pihak pasukan keselamatan dengan pihak musuh.
Dalam kejadian ini, pasukan keselamatan telah menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 dan 6 butir peluru.

Walaubagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.


Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah security offences (special measures) act 2012, (sosma) adalah seramai 119 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 316 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 40 orang dan 02 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 65 orang dan 02 orang mayat kanak-kanak.





Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang. Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan kampung tanjung batu masih diteruskan.

Keadaan keselamatan di daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.

Polis siasat terperinci kesan dalang salur dana kepada pengganas

LANGKAWI 27 Mac - Polis akan menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengesan kumpulan atau individu yang terlibat menyalur dana kepada kumpulan pengganas di selatan Filipina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, buat masa ini polis tidak boleh mendedahkan butiran siasatan kerana ia adalah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

"Tunggu sehingga siasatan kami (polis) selesai baru kami akan dedahkan. Kami akan cuba secepat mungkin untuk mengesan pihak itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran System Consultancy Services, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar di Lahad Datu berkata, pihak keselamatan sedang mengesan tindakan mengkhianati negara termasuk golongan yang bersubahat dalam memberi dana kepada anggota pengganas di selatan Filipina.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi semasa Operasi Daulat, Ismail berkata, polis telah menghantar beberapa aset penting bagi memantapkan strategi pertahanan pasukan keselamatan terutama di Lahad Datu.

Polis telah menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memantapkan beberapa perkara asas seperti keperluan logistik dan aset penting, katanya. - BERNAMA


Tuesday 26 March 2013

Video : Mempertahankan Kedaulatan Negara


Takkan Sabah Hilang Dari Malaysia

Selepas Jepun, Kelab Utama Australia Intai Pemain Negar

Pemain muda negara nampaknya kini semakin ‘laris’ di pasaran luar negara. Selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim berjaya mengikat kontrak dengan kelab Liga Divisyen Tiga Jepun FC Ryukyu, dua lagi pemain Harimau Muda A berpeluang mengikut jejak langkah mereka.

Namun kali ini destinasinya bukan ke Jepun sebaliknya ke Australia.

Dua pemain itu, kapten dan pemain perancang tengah Mohd Irfan Fazail dan penyerang Rozaimi Abd Rahman yang kini mendapat perhatian salah sebuah pasukan elit Liga Australia.

Setakat ini tawaran yang diberikan kelab yang pernah menjadi juara liga itu hanyalah ujian pemilihan yang dijangka diadakan pada Ogos ini, namun perkembangan itu dianggap cukup baik oleh pengendali Harimau Muda A Ong Kim Swee.

Kim Swee yang enggan mendedahkan nama kelab berkenaan buat masa ini berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh sesuai bagi menghantar Irfan dan Rozaimi menjalani ujian itu.

“Kelab itu sudah meminta kami untuk menghantar Irfan dan Rozaimi pada Ogos. Kemungkinan mereka akan ke sana dalam tempoh seminggu hingga dua minggu.





“Cuma buat masa ini tarikh sebenar belum ditetapkan dan ia masih dalam perbincangan. Perkara ini perlu diteliti sebelum membuat keputusan memandangkan skuad ini mempunyai jadual padat pada Ogos sebagai persiapan ke Sukan SEA Myanmar.

“Bagi saya walaupun ia hanyalah ujian pemilihan, tapi ia satu perkembangan positif kerana memberi peluang kepada Irfan dan Rozaimi mencuba nasib dengan kelab itu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Slovakia semalam.

Menurut Kim Swee, aksi di pentas antarabangsa termasuk di pusingan kelayakan Olimpik dan aksi persahabatan dengan beberapa kelab di Gold Coast Australia bulan lalu membolehkan pasukan luar dapat melihat sendiri bakat yang dimiliki pemain muda negara.

Sebelum ini Wan Zack Haikal pernah menjalani ujian percubaan bersama FC Ryukyu Julai tahun lalu dan hasilnya pemain sayap itu berjaya mendapat kontrak selama dua tahun manakala Nazirul setahun.

RM910 RIBU Untuk Tabung Lahad Datu Dan Palestin






Skuad Harimau Malaya terpaksa menelan pahit setelah diaibkan oleh Palestin 2-0 pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur di sini, Selasa malam.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, yang sebelum ini dikritik kerana persembahan hambar, bagaimanapun bertindak agresif sebaik sahaja perlawanan bermula dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu lawan.

Namun, Palestin membalas serangan dan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-27 apabila rembatan kencang Iyad A.S.Gharoud berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang tuan rumah, Mohd Farizal Marlias.

Tiga minit kemudian, Mohd Amri Yahyah hampir memberikan gol pendahuluan apabila gagal melakukan penyudah semasa berdepan dengan penjaga gol Palestin Tawfiq A.Y.Abuhammad.

Kelekaan benteng pertahanan negara dihukum oleh Palestin menerusi jaringan pertama Khaled J.A.Salem pada minit ke-39.

Percaturan Rajagobal pada separuh masa kedua dengan menukar penjaga gol pada saat-saat akhir mengundang padah apabila Ashraf N.O. Alfawaghra berjaya meledakkan gol kedua pelawat pada minit ke-90.

Palestin hampir menambah satu lagi jaringan pada masa tambahan menerusi sepakan penalti namun sepakan Husam I.A. Abusalah namun ia berjaya ditepis oleh penjaga gol gantian, Ahmad Syihan Hazmi Mohamad.

Perlawanan itu turut disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Duta Palestin ke Malaysia Abdul Elaziz Abu Goush.

Sebelum perlawanan bermula, Sultan Ahmad Shah menerima sumbangan berjumlah RM910,000 daripada pelbagai pihak untuk Tabung Lahad Datu dan Palestin.


- BERNAMA

Wartawan BERNAMA Wanita Kedua Naiki Jet Pejuang "Rafale"




PENGALAMAN BERNILAI...Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Norsyafawati Abdul Wahab, 25, (kanan) bersama juruterbang jet pejuang Rafale, Fabrice 'Tom' Valette berjalan menuju ke kawasan pelepasan bagi menaiki jet pejuang tersebut sempena Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi Ke-13 (LIMA '13), hari ini. Syafa merupakan wanita kedua bukan tentera di dunia yang diberi peluang untuk menaiki jet pejuang Rafale.
Foto: foto BERNAMA


Wartawan wanita pertubuhan berita nasional, BERNAMA, Norsyafawati Ab Wahab hari ini mencipta sejarah apabila menjadi wanita kedua bukan tentera di dunia diterbangkan dengan pesawat pejuang Rafale di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2013.

Pesawat buatan Perancis, yang dikeluarkan untuk pasaran eksport itu, direka khas dengan keupayaan untuk melaksanakan semua bentuk misi ketenteraan di ruang angkasa dengan sempurna.

Namun, bagi wartawan Meja Ekonomi itu yang baru-baru ini menyambut hari lahirnya yang ke-25, awal Mac lalu, ini bukanlah penghalang bagi beliau untuk mencuba pengalaman bernilai itu yang dianggap sebagai satu cabaran baru bagi dirinya.

Sebelum ini, saya sebagai pemberita hanya menulis mengenai pesawat Rafale. Sekarang, saya sendiri dapat merasai kehebatan jet pejuang ini, walau pun pada awalnya agak gugup sebab memang tidak menjangka saya terpilih."

"Tetapi, selepas mendengar taklimat dan tunjuk ajar yang diberikan pihak Rafale, saya mendapat keyakinan dan selepas merasai sendiri menaiki pesawat itu, pada saya ia memang sesuatu yang amat berbaloi untuk dicuba," katanya kepada Bernama.

Selepas sesi taklimat, beliau diberi peluang menaiki pesawat itu selama 30 minit yang dikendalikan oleh juruterbang Rafale berpengalaman, Fabrice "Tom" Valette, di ruang udara LIMA 2013 yang disaksikan oleh ribuan penonton.

"Memang terbaik, lebih-lebih lagi bila Tom menerbangkan pesawat ini serendah mungkin, hampir mencecah permukaan air laut. Semasa penerbangan, saya memang tidak rasa langsung tekanan. Memang rasa selamat."

"Kalau diberi peluang lagi, pasti saya akan cuba lagi. Pengalaman ini secara tidak langsung memberi motivasi pada diri sendiri, tidak ada yang mustahil jika ada semangat dan keberanian yang tinggi."

Pada 2011, pembaca berita RTM Hanim Muhili, 32, menjadi wanita pertama diberi peluang menaiki pesawat itu, sekali gus mengiktiraf keupayaan wanita di Malaysia.

Manakala, bagi juruterbang yang lebih mesra dikenali sebagai Tom, Norsyafawati mempunyai keberanian yang tinggi, setanding keupayaan seorang tentera.

"Beliau sangat selesa. Beliau tidak menjerit malah terlalu menikmati penerbangan itu," kata Tom, yang mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat melebihi 23 tahun atau 3,700 jam penerbangan.

Rafale, yang menjadi kebanggaan Perancis, merupakan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) tunggal yang digunakan oleh tentera udara dan laut negara itu dan kini, turut menarik minat kerajaan India untuk memiliki teknologi yang sama.

Pada masa ini, perbincangan dikatakan sedang berlangsung antara pihak pengeluar Rafale, Dassault Aviation dan kerajaan India dalam usaha mencapai persetujuan dalam pembelian 126 pesawat itu pada kos AS$10 bilion.

Pada masa yang sama, Rafale International, syarikat gabungan Dassault Aviation, Snecma (Kumpulan Safran) dan Thales turut membida untuk menawarkan pesawat itu kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk program penggantian pesawat pejuang MiG-29N.

TUDM, sebelum ini pernah berkata ia menyasarkan untuk menggantikan sepenuhnya MiG-29N dengan pesawat yang lain pada 2015 dan berhasrat untuk memberi keutamaan kepada pesawat strategik yang berupaya melakukan penerbangan jarak jauh dan pesawat medium seperti MRCA.

LIMA 2013, yang berlangsung hari ini sehingga 30 Mac dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.


- BERNAMA

OPS DAULAT : Kenali Penasihat Utama Kiram III


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.




Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

VIDEO : GILER!!! Nora Danish Dan Rusdi Berpelukan Tanpa Baju Tersebar!!'

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.




ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.



“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.





BB : Cara Mudah Mencari Publisiti Murahan!!!!!! 

OPS DAULAT : Jamalul Kiram NAIK HANGIN!!



GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram (duduk dua dari kanan) berada di rumahnya di bandar Taguig, selatan Manila pada 4 Mac lalu.-AFP 


MANILA – Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.


Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul Kiram, Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.


Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.


Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.


Idjirani berkata, Janjan telah ditahan di Semporna pada minggu lepas.


Katanya, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram memaklumkan mengenai nasib yang menimpa Janjan melalui perbualan telefon semalam.


“Dia (Janjan) telah ditahan dan dibunuh kerana dia saudara kepada Jamalul Kiram serta didakwa menjadi dalang ketegangan di Sabah.


“Namun, dia sebenarnya sudah menetap di Sabah sejak awal tahun 1990-an,” kata Idjirani.

Katanya, Amirbahar merupakan pemegang pasport Filipina.

Kumpulan pengganas Sulu itu menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu. – Agensi


- KOSMO

VIDEO : Selepas Anuwar, Kini Giliran N. Izzah Pula Diserang. Gilalah!!!


“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam.

Setiausaha Agung PKR Itu juga mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah, ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.




Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.




Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media semalam, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

Apa pun sekarang ni.., kita tunggu je lah kemunculan video tu seperti yang Saifuddin Nasution dedahkan petang semalam........




Geng Pakatan kata ni pelakon video Izzah tu.. Betul ke? 



JURUTERBANG TERMUDA NEGARA BAKAL CIPTA REKOD DUNIA

"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.





Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.







Tahun lepas, nama beliau disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "The Youngest Malaysian to fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition".

Tan berkata misi beliau juga ialah untuk memberi motivasi kepada belia seluruh dunia untuk menjadi individu yang mengutamakan kejayaan dan kecemerlangan.

Sementara itu, bapanya, Tan On Chin, 58, berkata anaknya itu amat meminati kapal terbang sejak berusia lima tahun lagi dan memutuskan untuk memberi sokongan kepada anaknya itu memenuhi impiannya.


-- BERNAMA

OPS DAULAT : Cara Komander Kiram Memasuki Sabah DiBongkar!!!


Menurut satu sumber, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya di sini ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.





Jeneral lima bintang pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.

Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.

“Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.

“Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


- KOSMO

OPS DAULAT : Kami Bukan Pengganas - Ahli Keluarga "MAT BOM

"Kami tahu polis cari ahli keluarga Mat Bom. Kami dengar dari cerita orang kampung yang Mat Bom ini dikehendaki, tapi kami langsung tidak tahu apa-apa mengenai aktivitinya," katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17.

Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai 'Mat Bom', mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.





(Harian Metro: Jumaat, 8. Mac .2013, M/S :8)



Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa beliau dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

Wanita itu dan ibunya yang mendakwa ditahan pasukan keselamatan sejak 20 hari lepas, telah dibebaskan dan dibawa ke pusat itu semalam.

Mat Bom dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu dengan menyebarkan risalah menghasut penduduk Sabah berketurunan Sulu supaya menyertai mereka dalam kegiatan menentang negara.

Mat Bom, seorang warga emas bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba memasuki pusat penempatan Embara Budi itu pada 8 Mac lepas dengan menyamar sebagai penduduk kampung.

Menurut penduduk kampung, gelaran Mat Bom diberi kepada pengganas itu kerana suka mengugut orang kampung dengan ugutan bom jika ingkar atau cuba melawannya.

Sementara itu, seorang cucu Mat Bom berkata apa yang berlaku melibatkan kegiatan Mat Bom tiada kena mengena dengan anggota keluarga yang lain.

"Polis datang cari kami dan bawa kami ke Lahad Datu untuk ditahan. Kami bagi tahu yang kami tiada kaitan walaupun kami ahli keluarga.

"Kami sudah lama tidak ke Kampung Tanduo kerana tinggal di Kampung Tanjung Labian. Kami tidak tahu yang Mat Bom terlibat dengan pengganas," katanya.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi isteri Mat Bom gagal kerana difahamkan wanita itu kurang fasih berbahasa Melayu dan keadaannya uzur.

Anggota keluarga Mat Bom lain yang kebanyakannya wanita itu kelihatan takut dan enggan ditemuramah selain masalah komunikasi dan bahasa pertuturan.

Sementara itu menurut seorang anggota pasukan keselamatan yang berada di pusat penempatan itu, keluarga Mat Bom dijangka diasingkan daripada penduduk lain untuk tujuan keselamatan.

- BERNAMA

BB : Posting Selepas ini menceritakan cara bagaimana Komander Kiram Memasuki Lahad Datu, Sabah!!!

OPS DAULAT : Jacel Kiram Buat Kejutan!!!

Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.





�Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam),� kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com


Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.


Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.


Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.


Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.


Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.


�Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar,� kata Jacel.


�Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral,� tambahnya.


Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.


Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.


Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka.

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN!!! SMS Perjanjian "Individu VIP" Kepada Pengganas!!!






Sharing Is Caring....

SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Lagi Pembongkaran Dari MyMassa:


Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.



Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

AR BADUL : Anak Saya Anggota VAT69 Yang Kini Berjuang Di Lahad Datu



Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Wartawan Sinar Harian, HASLI NA KAMALUDIN dan NOR FAIZAL GHAZALI bersama jurufoto ZULFADHLI ZAKI mendapatkan reaksi Badul mengenai insiden ini

Khabarnya, ada antara ahli keluarga anda juga seorang tentera?

Ya, anak lelaki saya adalah komando VAT69. Dia juga dihantar ke Lahad Datu dan juga banyak misi di luar negara. Kerana itu, saya sangat faham perasaan keluarga tentera.

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan filem Darah Satria?

Idea ini bermula daripada produser ketika itu yang mahukan genre berbeza daripada cinta. Tetapi dalam masa sama, tidak meninggalkan terus elemen cinta dalam filem. Menerusi perbincangan, kami ambil keputusan untuk mengetengahkan kisah tentera. Mesejnya mudah, iaitu tugas sebagai tentera adalah lain daripada yang lain yang sedia berkorban diri untuk negara. Masih wujud unsur cinta tetapi dengan cara positif di mana tunang anggota tentera ini rela dan mendoakan orang tersayang pergi berjuang di medan perang. Selain berlakon, saya bertindak sebagai penolong pengarah, di samping Datuk Aziz Satar sebagai pengarah.

Bagaimana dengan pra-perfileman, memandangkan ia berkaitan tentera?

Kita sangat bertuah dan berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan yang memberi sepenuh sokongan terhadap filem ini. Penggambaran dilakukan dalam kem dan di hutan Gombak. Pegawai tentera ketika itu memberi tunjuk ajar serta latihan kepada kami sebelum memulakan penggambaran. Kami juga dibenarkan menggunakan senjata, lokasi, pakaian sebenar seorang tentera. Kami juga direkrut pegawai khas sepanjang penggambaran.

Berapa kos filem dan berapa lama penggambaran di dalam hutan?

Untuk filem Darah Satria, kos filem mencecah RM100,000. Ia jumlah yang besar pada ketika itu dan merangkumi semuanya termasuk promosi. Kami berkampung selama dua minggu di hutan. Kami melalui kehidupan seperti tentera seperti mengalami sendiri pengalaman tidur dalam khemah, makanan dan semua perkara yang dilakukan tentera. Bukan senang kerana selain daripada pelakon tambahan yang ramai, kami juga menggunakan senjata sebenar. Berat dan kami perlu berhati-hati. Semua ini demi untuk memastikan filem ini sukses.

Apakah kesukaran dalam menyiapkan filem tersebut?

Kami diberi peluang untuk menggunakan helikopter dalam beberapa babak. Kebanyakan aksi dilakonkan pelakon sendiri. Aksi paling sukar adalah situasi di dalam helikopter. Pelakon perlu turun dari helikopter menggunakan tali. Bukan sahaja tinggi, malah angin yang kuat juga menambah kesukaran. Kami hanya diberi latihan terjun tiga hari. Tetapi segala-galanya berjalan lancar. Selain itu, memegang senjata sebenar juga adalah masalah besar buat kami. Kami risau takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Adakah pada ketika itu mahu menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia?

Pada asalnya, kita hanya ingin tukar tajuk sahaja. Tapi, apabila ditayangkan, mendapat sambutan kerana genre berbeza, ia secara langsung memberi impak positif kepada penonton dan lebih patriotik daripada biasa.



Selain Darah Satria, anda turut terlibat dalam filem ala tentera iaitu Prebet Lapok.

Ya, filem Prebet Lapok, saya diberi peranan utama. Masih mengisahkan hidup ala tentera. Ia juga disampaikan secara ringan iaitu bagaimana kehidupan tentera di kem. Ada juga tentera keluar malam, masalah disiplin dan sebagainya. Filem ini berjaya menarik ramai anak muda ketika itu untuk menyertai tentera. Untuk jadi tentera, hanya perlu ada semangat, disiplin dan rela berkorban nyawa untuk agama, bangsa dan negara.

Melihat situasi sebenar tentera berperang di Lahad Datu, apakah anda boleh digambarkan?

Pertama, ia mengingatkan kenangan saya berlakon di hutan dulu. Walaupun hanya berlakon, tetapi bukan mudah. Beg dan senjata yang berat. Kami perlu fokus. Melihat apa yang berlaku di depan mata kita ini membuatkan saya terasa ingin berjuang bersama mereka. Saya dapat rasakan betapa sukarnya mereka menjaga keamanan negara kita dan bagaimana mereka perlu berdepan dengan musuh sebenar. Semangat mereka ada dengan saya. Tapi, apa yang boleh, saya hanya doakan yang terbaik. Mereka adalah tentera terlatih. Saya bangga dengan mereka.

Apakah kewajaran untuk pengarah filem menghasilkan filem patriotik pada masa sekarang?

Kita sebenarnya tidak banyak sejarah perang, soal buat filem itu terserah kepada produser. Pada masa sekarang perlu buat filem yang melambangkan kedaulatan negara dan keperkasaan tentera kita. Jangan buat filem �pak turut dan pak sangkut� saja yang akan merosakkan institusi Malaysia.

Apakah anda akan menghasilkan filem patriotik?
Kalau ada permintaan saya akan pertimbangkan untuk mengarah.

Apa komen anda mengenai persepsi yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu?

Negara kita jarang berperang. Kerana itu, mereka seperti tidak ada perasaan kasih sayang. Sudah macam hilang akal dengan melemparkan pelbagai tohmah dan kata-kata negatif. Sedangkan kalau ada berlaku kemalangan jalan raya pun kita rasa simpati. Inikan pula tentera yang ingin mempertahankan kedaulatan negara. Seharusnya mendengar tentera perlu bertugas ke Lahad Datu itu pun kita sudah sugul dan sedih. Apabila kena tembak, mengapa tergamak mengatakan ini sandiwara. Mereka tidak fikir orang lain. Cuba kalau saudara mereka ditembak. Pasti sedih. Inilah yang berlaku apabila wujud pihak-pihak yang tidak pernah fikir perasaan orang. Seolah-olah dalam otak mereka ada �cip� yang ikut sahaja cakap beberapa pihak yang mengaitkan isu ini dengan politik.

Apakah situasi tentera hari ini melawan Sulu lebih teruk daripada zaman melawan komunis dulu?

Bagi saya, Sulu ni komunis moden. Ada duit, kedudukan dan penyokong. Jika mereka berjaya, mereka akan dapat habuan dan bahagian tertentu. Komunis tidak kerana mereka ada fokus. Saya lihat Sulu tiada fokus. Kenapa mereka mahu Sabah? Mereka muncul tiba-tiba dalam keadaan dan saat sekarang (musim Pilihan Raya).

Bagaimanakah pandangan anda dengan moral rakyat Malaysia terhadap anggota keselamatan?

Pasukan keselamatan perlulah dihormati. Mereka ini harga yang tidak ternilai kepada negara. Sekiranya negara menghadapi perang, merekalah benteng utama, bukan bomba atau jururawat. Tanpa mereka habislah kita. Saya sangat bersimpati kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Masyarakat perlu menghargai jasa dan tanggungjawab mereka bukan menghina.

Apakah harapan anda terhadap insiden Lahad Datu ini?

Saya tahu ini adalah detik sukar untuk semua warga Malaysia dan pasukan keselamatan kita. Perkara ini sudah pasti memakan masa agak lama untuk berakhir. Tetapi, saya berharap tidak akan ada lagi kata-kata negatif terhadap pasukan keselamatan. saya berdoa perkara ini akan dapat ditamatkan dengan penuh diplomasi.

Perlukah kisah Lahad Datu difilemkan sebagai pengajaran kepada generasi akan datang?

Saya rasa ia tidak perlu menjadi filem. Lebih baik dijadikan dokumentari. Pada saya, siapa juga yang nak buat filem, ia tidak lari daripada nak dapat untung. Kalau dokumentari ia akan lebih diberi perhatian. Minta maaf cakap, filem hanya untuk untung.

Apakah pandangan mengenai seniman atau artis yang memilih politik?

Pada saya, mereka ini tidak jujurlah. Mereka kena tahu apa tujuan masuk politik? Tidak perlu hipokrit. Kalau artis itu mahu bersihkan diri dan dekatkan diri dengan agama, mereka tidak semestinya kena masuk politik. Sepatutnya mereka perlu belajar dulu. Bila mereka masuk platform politik, secara tidak langsung kita akan mengata orang juga, baik masuk pondok. Kita mahu berdakwah, kenalah sedar standard diri kita. Contohi Ustaz Akhil Hayy, belajar dulu betul-betul lepas itu bolehlah nak berceramah dan berdakwah.

Ada sesetengah pihak dilihat terlalu ekstrem dengan politik, bagaimana anda melihat situasi ini?

Pada saya kita tidak perlu terlalu ekstrem dalam hal politik. Mana yang elok kita turut, tak perlu ekstrem mana-mana parti politik. Siapa pun yang memerintah negara, saya tetap macam ini juga. Kita perlu terbuka, jangan terlalu terikut dengan apa yang orang cakap. Jadi kita ikut mana yang elok, mana yang kita rasa betul. Satu hal lagi, mengapa jika ada pihak yang menghina negara diberi muka? Kenapa kita terlalu berlembut? Minta maaf, paling tidak saman. Kalau orang minum air ketum kita lempang pula. Ini orang yang sah-sah hina negara. - SINAR HARIAN.COM