Thursday 28 February 2013

MUTAKHIR DARI LAHAD DATU!!!!! 1-03-2013 - Penceroboh Bersenjata Di Gempur!!!



Mutakhir!!!!! Perkembangan terkini suasana dan keadaan sekitar di Kg. Tandao, Lahad Datu, Sabah. Mohon semua rakyat malaysia, khususnya rakyat Sabah ketika ini bertenang dan tidak menerima sebarang berita atau khabar angin yang tidak pasti kesahihannya. Kepada keluarga dan sahabat-handai yang berada berdekatan, sila dengar arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber 1 yang mengikuti perkembangan ini menyatakan telah berlaku tembakan di kawasan itu antara tentera kerajaan Sulu dengan tentera Malaysia di Lahad Datu.


Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.


Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.



Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.



Panggilan telefon itu walaubagaimanapun terputus.


Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.



Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.




�Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri,� kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.




Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: �Oras na ito (pada waktu ini).�



Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.




Temu bual itu kemudiannya terputus.




Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.




�Meron na (Terdapat anggota yang cedera),� katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.




Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:�Ewan ko (Saya tidak tahu).



Namun menurut satu lagi sumber 2 di lapangan, menafikan berlaku insiden tersebut. Apa yang berlaku ialah pasukan Keselamatan Negara kita masih bersabar, memberi ruang kepada rundingan, dan tiada tembak-menembak berlaku antara pasukan keselamatan negara dan pihak penceroboh.



Apa yang berlaku ialah, pihak penceroboh yang keadaan Panik, Kelaparan dan Bergaduh sesama mereka tidak dapat mengawal emosi masing-masing.



Terdapat di kalangan penceroboh, mula melepaskan tembakan ke udara di kawasan kedudukan mereka, menembak binatang-binatang yang boleh dijadikan makanan, dan bunyi tembakan itu bukanlah peristiwa tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara kita dengan pihak penceroboh.

Tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang menghebahkan berita palsu tentang tembak-menembak tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana ianya memberi kesan negatif kepada negara dan penduduk di kawasan Lahad Datu.

Faktanya, Kedaulatan Negara kita mesti dipertahankan dan Keselamatan rakyat Malaysia mesti diberi keutamaan.

Harap rakyat Malaysia bertenang dan berhati-hati dengan berita-berita palsu dari pihak pembangkang.



BANDAR LAHAD DATU SELAMAT, TENANG DAN PASUKAN KESELAMATAN SEDANG MEMANTAU SETIAP SAAT SITUASI DI LAHAD DATU



Sumber 3 pula seperti berikut:




Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.


Pencerobohan di Lahad Datu sudah hampir 4 minggu berlaku melibatkan 180 anggota yang mendakwa sebagai Askar DiRaja Kesultanan Sulu.



BB : Tunggu Laporan Rasmi dari PDRM

VIDEO - Lihat Dan Dengar Baik-Baik Siapa Sebenarnya DAP!!! Part 2

Hanya Untuk Tontonan Melayu Islam SAHAJA.......  Kena tengok sampai habis k!!!



VIDEO - Lihat Dan Dengar Baik-Baik Siapa Sebenarnya DAP!!! Part 1




Untuk Tontonan Melayu Islam SAHAJA!!!

.


PM Bakal Umum Khabar Gembira 11 Mac Buat Penjawat Awam???


SANDAKAN - Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.


Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.






Katanya, penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.



"Ia menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang bersiaran semalam.



Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.



Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.



Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh.



Beliau yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara kerajaan.



Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.



"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.



"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.



Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.



"Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya.



Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.



Beliau berkata, penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.



Katanya, tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. - Bernama

PRU 13 Bakal Cipta SEJARAH


Sedar atau tidak, PRU ke 13 ini bakal mencipta sejarah dalam kancah pilihanraya di negara kita. Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan tidak lama lagi dijangka menyaksikan peningkatan jumlah peratusan rakyat keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus daripada 13.29 juta pengundi berdaftar akan berbuat demikian pada pilihan raya itu.
Angka tersebut jika berjaya dicapai bakal mencatat peratusan jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Jumlah tersebut adalah berdasarkan bilangan pengundi berdaftar yang diwartakan pada 22 Februari lalu.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, terdapat empat faktor utama mengapa lebih ramai rakyat akan keluar mengundi pada PRU-13 berbanding peratusan yang keluar mengundi pada PRU-12 iaitu cuma pada kadar 72 peratus.
�Faktor pertama ialah daftar pemilih sekarang merupakan yang dikemas kini secara berterusan iaitu pengundi yang telah meninggal dunia selepas rekod kematian disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikeluarkan daripada daftar pemilih.
�Ketika PRU-12, tidak dinafikan wujud pengundi yang telah meninggal dunia tetapi nama mereka yang ada dalam daftar pemilih tidak dapat dikeluarkan kerana SPR tidak menerima pengesahan kematian daripada JPN,� katanya kepada Kosmo!






WAN AHMAD (duduk di tengah) bersama Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (duduk di kiri), Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Syed Agil Syed Jaafar (duduk di kanan) serta para pengarang dan wartawan Kosmo! bergambar pada majlis Taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Kompleks Sri Utusan, Bangi semalam.


- SUMBER




Perintah Sujud dan Kelebihannya

Firman Allah berkenaan kewajipan sujud:

"Wahai orang-orang yang beriman! rukuklah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu (Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan".
(Surah Al-Hajj ayat: 77)

Firman Allahi:
"Maka hendaklah kamu sujud tunduk kepada Allah dan beribadahlah sekalian kamu". (Surah Al-Najmi ayat 62)

Firman Allah:
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu (Allah) dan jadilah kamu dari golongan orang-orang yang sujud".

Firman Allah:
"Dan sebahagian dari malam,maka sujudlah kepadaNya (Allah) dan bertasbihlah (beribadah) di malam yang panjang".






Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. � Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang- 

VIDEO Pasal UIA Yang Pasti Menyentap Anwar Si Raja Sesumpah dan Auta!!!




Ramai sudah terpedaya, apatah lagi mengagung-agungkannya. Anwar, Raja Sesumpah @ Raja Auta yang masih bebas di bumi Malaysia yang kononnya begitu mencemburui ketokohan beliau sehingga terpaksa pasukan penembak elit yang diimport dari Filipina. Kononnya, keselamatan beliau amat terancam!!! Piirahhhh!!!


Mari kita lihat video pembongkaran ini.





Kebenaran akhirnya akan muncul jua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya Anwar Kantoi juga!!!!

Kisah Masa Depan Anak Muda Sabah : MESTI TONTON

Perlu dilihat video ini bah..

.



Sementara itu,  Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yakin pengundi di Putatan khususnya pengundi muda akan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara dan negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan seterusnya berkata parlimen Putatan yang terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dan Tanjong Aru dikenali sebagai kubu kuat BN.
�Saya yakin pada PRU-13 nanti, pengundi di kawasan Putatan termasuk para pengundi muda akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus meneraju kerajaan,� katanya.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata demikian pada Majlis Santai Bersama Pengundi Muda dan Pengundi �First Timer� di perkarangan rumahnya di Kuala Putatan II semalam, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang terutama pengundi muda.




Beliau berkata BN berjaya membawa banyak pembangunan kepada rakyat termasuk di kawasan Putatan yang menyaksikan perubahan dan pembangunan ketara untuk kesejahteraan rakyat.
Di bawah pentadbiran BN, katanya Putatan kini memiliki Pejabat Daerah dan Majlis Daerah sendiri, selain pelbagai projek pembangunan dalam peringkat pelaksanaan antaranya sekolah menengah baru, masjid baru Kampung Lok Kawi dan projek pembesaran jalan raya Putatan.
Beliau berkata pembangunan dan bantuan untuk rakyat merupakan perjuangan berterusan BN bagi memastikan rakyat jelata menikmati kehidupan yang baik.

BB : Ini Kali La..... Anwar Jatuh Tak Bangun-Bangun Dah!!! 

LGBT - Siapa Pengurus Syarikat Milik Kerajaan (GLC) Pengamal Hubungan Songsang???


KUALA LUMPUR  - Seorang pengurus sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) ditahan polis kerana dipercayai meliwat empat pelajar lelaki berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di Brickfields di sini Jumaat lalu.





Gambar Hiasan



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 40-an itu yang dikenali sebagai 'Abang Civic' ditahan setelah pihaknya menerima aduan daripada guru sekolah tersebut pada 8 Februari lalu.

Katanya, lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic itu mengumpan pelajar yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook dengan pelbagai hadiah sebelum bertemu mangsa dan meliwat mereka di hotel bajet di Sri Petaling di sini.

"Selepas meliwat mangsa, dia akan memujuk mangsa untuk memperkenalkan rakan-rakannya sebelum melakukan perkara yang sama.


BB : Selagi tiada tindakan tegas serta hukuman berat dikenakan, maka semakin berleluasa lah penyakit dan tabiat buruk ini!!! Jangan sampai dilaknat Allah seperti kaum Nabi Nuh nanti. Na'uzubillah.



Wednesday 27 February 2013

PDRM Bukan Hanjing Kerajaan!!!!! - Bakri Zinin



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.






"Jadi janganlah bercakap kita ni 'anjing' kepada kerajaan atau bagai 'lembu dicucuk hidung' yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat.


"Ini kerana institusi kepolisan ini telah wujud sejak 206 tahun dan telah menunjukkan profesionalisme dari segi mengambil tindakan," katanya kepada Bernama dalam temu bual mengenai persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di sini.


Katanya mereka yang menuduh sedemikian perlu bertanggungjawab dan membuktikan PDRM sebagai 'alat kerajaan'.

Mohd Bakri berkata sikap berkecuali juga diamal PDRM ketika melakukan siasatan berhubung sebarang kes dan penyiasatan dilaksana tanpa rasa takut atau dipengaruhi mana-mana pihak.

Segala hasil siasatan termasuk yang membabitkan ahli politik, akan diserah kepada Peguam Negara dan merekalah yang menentukan sama ada perlu didakwa atau sebaliknya, katanya.

"Kita (PDRM) tak berhak dan (tidak) mempunyai kuasa (buat keputusan). Di sini sudah nampak kita telus," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi PRU13, Mohd Bakri berkata PDRM diberi latihan dan kursus khas termasuk 'ex ballot III' bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik ketika proses itu berlangsung.

"Dari sudut penyiasatan pula, kita telah menjalankan kursus-kursus 'in service' berdasarkan kepada keperluan dalam pilihan raya," katanya.

Mohd Bakri berkata pegawai dan anggotanya telah dilatih dan bersedia sejak empat bulan lepas bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini.

"Kita juga telah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Peguam Negara berkaitan dengan langkah-langkah dan tindakan kita bersama mereka," katanya.

Sebanyak 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada PRU13. - Bernama

UPDATE : HARI KE 16 (28-02-2013) Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu, Sabah


Isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah memasuki hari yang ke 16 hari ini dan tempoh bagi kumpulan tersebut menyerah diri atau sukarela untuk pulang kembali ke Filipina telah tamat tempohnya.







Polis dalam kenyataan terbarunya memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.


Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata episod yang bermula sejak 12 Februari lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.


Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat".Katanya tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.


"Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan tersebut, Khalid berkata: "Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu".



Khalid juga berkata polis tidak tahu menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.


Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.


Beliau berkata isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.


"Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan," katanya.


Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokthar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.


Khalid berkata setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campurtangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campurtangan seperti itu menganggu urusan keselamatan negara. BERNAMA

MANIFESTO PR - Apa Kata Tun Mahathir???

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.





Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.


"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," 


Itu kata Tun M pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.


Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.


"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.







"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," 


Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - Bernama

IKRAR INTERGRITI : Kenapa Presiden Belia Ini Bidas Kepimpinan PR


Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah memulakan langkah awal dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sepatutnya dicemburui oleh pihak lawan.



Ini kerana ungkapan �integriti� seringkali menjadi bahan ceramah mereka khususnya menanam kebencian dikalangan rakyat terhadap UMNO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) lain di negara ini dengan pelbagai tohmahan.
Mengulas mengenainya Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) Muhammad Maliki Muhamad Rapaee berkata pembangkang sepatutnya tampil bersama-sama Datuk Seri Najib ke arah itu kerana bukankah mereka yang seringkali melaung-laungkan soal integriti berkenaan.
Soal beliau apakah mereka khuatir tidak mampu untuk mematuhi ikrar berkenaan atau sebaliknya memandangkan pihak yang seringkali ditohmah paling awal tampil menyatakan komitmen ke arah tersebut.
�Mereka sebelum ini mengambil perkataan �integriti� dalam usaha menggambarkan UMNO dan BN sebagai korup dan sebagainya lagi. Alih-alih pihak yang dituduh itu telah ambil pendekatan sedemikian dan bagaimana pula sikap mereka.
�Bagi saya apabila seseorang terlalu banyak helah ianya memberi gambaran ianya ada masalah�maknanya di sini sentiasa mengelak, mengelak dalam kehidupan  dan pelbagai gambaran akan terbit daripada orang ramai,� katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah dalam soal berkenaan, sepatutnya merekalah yang perlu mengambil tindakan awal selaras dengan apa yang diperkatakan.
�Dalam soal ini alangkah elok dan manis jika pembangkang yang memulakan dan sebagainya. Paling tidak pun bersamalah dengan Perdana Menteri untuk menjayakan ikrar berkenaan.
�Apakah ianya khuatir tidak mampu untuk mematuhi ikrar berkenaan ianya terpulang kepada diri mereka sendiri�Namun sekurang-kurangnya Perdana Menteri telah mengambil tanggungajwab berkenaan yang akan diikuti oleh pemimpin BN lain�maksudnya di sini mereka tidak gentar,� katanya. - MediaUMNO

TU DIA!!!! UTUSAN Rugi Berjuta-Juta


Akhbar utama kerajaan, Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.







Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya.

- Bernama



BB: Musykil Juga Dengan Apa Yang Berlaku!!!!!!

Sebab Doa Kita Tidak Termakbul!!


ADAKAH SEMUA DOA DIMAKBULKAN?



Sebagai seorang Muslim, sudah tentu persoalan ini seringkali berlegar di fikiran kita. Doa adalah perbualan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah  dan setiap yang dimohon akan didengar Allah. Allah  tidak suka kepada hambanya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.





Selepas berdoa disarankan supaya bertawakal kepada Allah  supaya segala permohonan serta doa akan dimakbulkan. Allah  berfirman yang bermaksud:


�Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan.�



Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah  sama ada pada masa senang atau susah. Jangan sekali-kali berasakan terlalu lambat doa hendak dimakbulkan hingga kita cepat berputus asa daripada rahmat Allah .


ADAKAH SEMUA DOA DITERIMA?



Bukan tidak diterima tetapi belum sampai masa dan ketikanya...

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..


APA SEBAB SEBABNYA DOA TAK DIMAKBULKAN?


Bagi mempastikan doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, hendaklah kita menjaga adab-adab dan tata tertib ketika berdoa, di antaranya ialah hendaklah ia dalam keadaan berwuduk, memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah Subhanahu Wata'ala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ketika berdoa juga disunatkan menghadap kiblat dengan suara yang rendah sambil menadah dua tangan. Apa yang penting, dalam berdoa hendaklah bersungguh-sungguh dan khusyuk serta yakin doa akan diperkenankan.

Selain itu, jika kita tidak mahu doa kita ditolak, kita hendaklah memastikan makanan, minuman dan pakaian adalah adalah daripada sumber yang halal. Dalam sebuah kisah, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam menceritakan tentang seorang lelaki yang telah melalui suatu perjalanan yang jauh, lelaki tersebut dalam keadaan kusut masai dan berdebu rambutnya, menadahkan kedua-dua tangannya ke arah langit untuk berdua seraya berkata : 'Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Sedangkan makanan lelaki itu dari sumber yang haram, minumannya dari sumber yang haram, pakaiannya dari sumber yang haram dan ia makan makanan yang haram, lalu bagaimanakah doanya akan diterima?'.

Perlu diingat juga bahawa kita tidaklah boleh berdoa dengan sesuatu yang tidak munasabah dan mustahil ataupun mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada saudaranya yang lain.

Doa itu mempunyai kelebihan dan fadilat yang banyak dan sangat besar. Melalui doa, keampunan dan rahmat akan diperolehi manakala musibah dan kesusahan boleh terhindar. Selain daru itu, doa juga boleh menghindarkan daripada bala, walaupun bala itu sudah merupakan qada (ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadis Baginda maksudnya :

"Dari Sulaiman katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada yang boleh menolak qada Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Oleh itu sentiasalah berdoa baik ketika senang atau susah, namun perlu diketahui bahawa orang yang memperbanyakkan doa ketika ia berada dalam keadaan senang maka Allah akan mengkabulkan doanya ketika ia dalam keadaan susah. Amat rugilah bagi orang yang tidak berdoa kerana menutup bagi dirinya berbagai-bagai kebaikan dan mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

-  SUMBER

Pemimpin Belia Samakan Mahasiswa Sebagai "Bendul"???


Muammar Ghadafi  

Muammar menyampaikan hujah beliau pada Wacana Sinar bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa.


SHAH ALAM � Majlis Belia Malaysia (MBM) menyangkal sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang melabel golongan muda terutamanya mahasiswa mengikut parti dan "bendul."

Timbalan Presidennya, Muammar Ghadafi menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak adil.

�Adalah tidak adil kita memberi label pada mahasiswa itu. Sama ada dia ini pakatan (Pakatan Rakyat) atau dia ini barisan (Barisan Nasional). Menurut kajian, pola kecenderungan orang muda adalah terhadap parti yang ada asas kukuh dan calon pula dipilih yang benar-benar telus serta boleh harap.

�Jadi, untuk mengatakan siswa ini sokong BN atau PR tak adil. Adalah tidak adil untuk kita meletakkan label mahasiswa... semua pakatan, semua kerajaan kerana mereka bersifat intelektual,� katanya yang bertindak sebagai anggota panel Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini, hari ini.

Menurut Muammar, mahasiswa membangkang atau menyokong sesuatu isu atas dasar ilmu bukan kerana menyokong mana-mana pihak.

�Apabila mereka membangkang, tak semestinya mereka duduk dalam pembangkang. Apabila mereka menyokong bukan kerana mereka penyokong. Mereka menyokong atau membangkang atas dasar ilmu itu sendiri.

�Kalau tajuk itu beri kesan yang baik kepada negara contohnya, dasar-dasar kerajaan yang membawa perkara yang baik kepada siswa sudah pasti mereka akan menyokong, tidak kira haluan kiri atau kanan.

"Saya percaya ia berlaku di kampus. Jadi, tak tepat (label) kerana mereka mempunyai pemikiran yang lebih,� katanya.

Wacana Sinar ke-17 dikendalikan pensyarah dan penganalisis politik dari Universiti Malaya,

Selain Muammar, barisan panel terdiri daripada bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Ketika moderator menyifatkan mahasiswa sebagai lemah dan bendul, Muammar membidas kenyataan tersebut.

�Saya terpaksa untuk tidak setuju dengan kenyataan Prof (moderator) yang menyatakan siswa ini lemah, bendul. Pertama kita kena tengok kenapa topik ini menjadi begitu hangat?... kerana mahasiswa ini mempunyai satu nilai ilmu.

�Komen daripada mana-mana pihak yang mengatakan mereka ini lesu saya sangat tidak setuju. Saya cukup terasa apabila Prof mengatakan mahasiswa kita lesu, lemah. Kita ada banyak contoh. Tidak kira mereka menyokong atau tidak kerajaan. Mereka bergiat aktif, begitu lantang bersuara menyatakan pandangan mereka,� katanya.

Menutup bicaranya, Muammar akui malu dengan tindakan sesetengah pihak yang mencemarkan status mahasiswa sebelum ini.

�Saya malu dengan kelakuan sesetengah pihak sebelum ini. Mahasiswa (sepatutnya) tahu mana baik dan mana buruk.

�Mereka ada nilai ilmu, jadi, apabila nilai ilmu itu hilang, maka akan hilanglah keistimewaan sebagai mahasiswa... masyarakat pandang rendah pada mahasiswa,� katanya