Wednesday 20 March 2013

EKSKLUSIF !!! Bohong La Kalau Kami Tak Trauma, Tapi Mahu Kekal Di Sini!!!!! - 18 Pejuang Negara Yang Terkepung Di Lahad Datu!!!

Hiba hati aakj bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita..pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan lahanat pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah.



Blogger AAKJ di Kg. Simunul. BB TABIK SPRING SAMA LU!!!


Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang d hadapi oleh 18 orang anggota polis yang d kepung lebih dari 20 jam..mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera..ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah..lebih hiba bila ada yang jaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.

Aakj mengambil kesempatan menemubual sendiri anggota polis yang terlibat dalam peristiwa getir itu. Sambil bercerita, aakj lihat airmata sayu mula bergenang d mata anggota polis yang terlibat pada kejadian tersebut.

Sekali sekala aakj melihat anggota polis tersebut menggenggam erat senjata yang d bawanya..geram juga katanya..malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..

Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya d tembak dari arah sisi..melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah d tetak hampir putus kedua tangannya..tetakan d kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang..

Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam suram malam..makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya..'lambat lagikah bantuan tiba..?"

"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aakj..menurut beliau..siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama..TRAUMA..apalagi kami bertugas d balai ini sudah lama dan masyarakat d sini mengenal kami.samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami..

Aakj melihat sendiri semasa aakj mengikuti program Polis memberi penerangan kepada orang kampung

Aakj lihat mereka semuanya bertopeng semasa mengawal keselamatan penduduk dan OCPD ketika ceramah d jalankan semalam..Bila d tanya kenapa memakai topeng muka..beliau menjawab, mereka perlu lindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut d mana saja mereka berada..bimbang juga berada d khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...

Malah menurut beliau, ada d antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu..

Tambahnya lagi..kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera..kami dengar ada guru-guru d beri kaunseling supaya hilang trauma mereka..kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..

"Kami akan kekal d sini..kami takkan berganjak maupun di tukarkan.."

"Kalau boleh kami 18 orang ini d beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."

Saat itu aakj berjanji dengan anggota yang terlibat..insyaAllah kiranya aakj kembali ke Lahad Datu, kembali ke pusat Media maka aakj akan sampaikan hasrat ikhlas ini..

Alhamdulillah..semalam aakj dapat bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negara, ketika itu Tan Sri Khalid baru saja tiba ke Pusat Media Felda Residence..aakj terus sampaikan hasrat anggota polis yang terlibat dalam tragedi Simunul, Semporna..

"InsyaAllah..good idea..terima kasih..kita akan ambil perhatian serius.."

spontan keluar dari mulut Tan Sri..Alhamdulillah sahut aakj..terima kasih Tan Sri..mudah-mudahan moral anggota polis kita sentiasa d tahap yang amat tinggi..

Kepada Abang-Abang Wira Simunul..semoga anda semua baca apa yang aakj tulis ini..Aakj doakan anda semua d tenangkan hati oleh Allah swt..

Kepada Tan Sri..aakj ucapkan terima kasih kerana perihatin kepada semua anggota polis d bawah Tan Sri..

Kepada Rakyat Sabah..anda orang baik-baik..berilah kerjasama yang sebaiknya kepada mereka..ada d antara anggota polis bukan orang Sabah..tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua..

Kepada Rakyat Malaysia..janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera..mereka semua ke sana dengan satu tujuan..pertahankan kedaulatan negara kita !

Kalau ada pihak yang ingin lancarkan tabung mengenang budi dan jasa mereka..aakj ucapkan terima kasih..


BANYAK LAGI BERITA-BERITA EKSKLUSIF DARI "BLOGGER BERANI MATI AAKJ" YANG BERADA DI LAHAD DATU . KLIK SINI


BB : SIAPA KATA SEMUA BLOGGER PENIPU, TIDAK BERETIKA DAN TIDAK BERINTERGRITI

No comments:

Post a Comment