Friday 22 March 2013

RM200 Ribu Buat Perwira Yang Terkorban

KOTA BHARU - Kerajaan Sabah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 masing-masing kepada keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dua wira negara yang terkorban dalam Ops Daulat di Sabah.

Cek sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu majlis ringkas di Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa (8 Bridged) di sini hari ini.





Allahyarham Ahmad Hurairah diwakili ibu bapa beliau, Ismail Hussin, 55, dan Rohaya Mamat, 50, manakala pasangan Roslan Hassan, 49, dan Roslawati Ghani, 44, mewakili anak mereka, Allahyarham Ahmad Farhan.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Datuk Mohd. Abdul Ghani dan Ketua Staf 8 Bridged, Leftenan Kolonel Mohd. Zaki Abu.

Sukarti berkata, selain wang tunai, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut memberikan sekeping surat kepada kedua-dua keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat Sabah dan penghormatan terhadap pengorban setiap perajurit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment