Monday 25 March 2013

KRISIS LAHAD DATU LEBIH SUKAR BERBANDING SAUK


Isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah lebih sukar dan rumit untuk diselesaikan dan ia adalah kes yang jauh berbeza dengan insiden Sauk di Perak pada tahun 2000.

Bekas Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said berkata, peristiwa di Sauk dapat diselesaikan dengan mudah kerana keseluruhan anggota kumpulan militan terlibat didapati berada di dalam kawasan kepungan pasukan keselamatan ketika itu.

"Sebagai Panglima Medan ATM ketika itu, ia satu perkara mudah kerana ketika kita harap untuk menangkap kumpulan militan itu dan apabila dikepung, keseluruhan mereka berada di tempat sama," katanya ketika berucap pada Forum Negara anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran kenyataan rakan seperjuangannya, Tan Sri Md. Hashim Hussein yang sebelum ini berkata, pencerobohan Lahad Datu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat dengan mengambil peristiwa serangan militan di Sauk sebagai perbandingan. 

- UTUSAN

No comments:

Post a Comment