Tuesday 5 March 2013

70 Pengikut Waris Sultan Sulu Disekat Polis Filipina


ZAMBOANGA CITY: Polis Filipina menyekat hampir 70 pengikut waris Kesultanan Sulu daripada meninggalkan Mindanao untuk menyertai kumpulan penceroboh yang digempur oleh pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu hari ini.

Ketua polis wilayah Tawi-Tawi, Suprintenden Kanan Joselito Salido berkata, 67 pengikut waris Kesultanan Sulu itu dikesan tiba di pekan Bonggao.





"Kami berunding dan berbincang dengan mereka supaya menimbang semula hasrat mereka kerana ia hanya akan memburukkan keadaan," kata Salido seperti dipetik oleh laman web The Philippine Star.

Menurut Salido, pihaknya menerima arahan daripada ibu pejabat polis supaya memantau pergerakan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang mungkin cuba berlepas ke Sabah dan membantu rakan-rakan mereka.

Jelas beliau, arahan itu adalah untuk menyekat mereka daripada cuba masuk ke Sabah.

Menurut Salido juga, 67 pengikut waris Kesultanan Sulu itu datang dari Basilan dan Sulu, dan mereka tidak bersenjata.

Sementara itu, sebuah bot yang sarat dengan warga Filipina yang menetap di Sabah tiba di Sibuto, lebih 400 kilometer dari Zamboanga City, menjelang tengahari tadi.

Jelas Salido, kebanyakan mereka telah tinggal di Sabah sejak beberapa tahun lalu.

No comments:

Post a Comment