Tuesday 5 March 2013

Chelsea Dan Barcelona Sah Ke Malaysia

Nampaknya Malaysia terus menjadi lokasi pilihan pasukan-pasukan bolasepak ternama dunia untuk perlawanan persahabatan di sepanjang musim cuti liga-liga di Eropah.




Chelsea yang telah beberapa kali hadir ke Malaysia sebelum ini akan kembali lagi untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.

Terdahulu, Juara Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona akan tampil beraksi di bumi Malaysia buat pertama kalinya pada 10 Ogos dalam siri Jelajah Asia.




Bagaimanapun, Presiden Kelabnya Sandro Rosell tidak pula menamakan pasukan yang akan ditentang Barcelona di Malaysia dalam sidang medianya.

No comments:

Post a Comment