Saturday 16 March 2013

EKSKLUSIF!!! Gambar 5 Pengganas Kiram Yang Dihantar Berunding Dengan Pasukan Keselamatan Di Peringkat Awal Krisis!!!

Buat julung kalinya gambar 5 wakil pengganas yang dihantar untuk berunding dengan pasukan keselamatan semasa di awal Ops Sulu dahulu didedahkan. Foto eksklusif ini didedahkan oleh Portal My News Hub. Bagaimana mereka mendapatkannya tidak pula dimaklumkan.




Yang pertama di atas, adalah lima daripada puluhan pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Ia diambil semasa awal-awal rundingan dijalankan antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas berkenaan.

Pada peringkat itu mereka masih lagi dilihat boleh bersikap tenang.

Dipercayai ramai antara mereka telah terbunuh dalam pertempuran antara kedua pihak tidak beberapa lama selepas itu.

Manakala gambar di bawah adalah bot milik pengganas yang telah dimusnahkan dalam serangan tentera pada 8 Mac di Kampung Tanduo.







No comments:

Post a Comment