Friday 8 March 2013

OPS DAULAT: INFO - Kenapa Guna Air Asia


Sekarang kita asyik pula dengar pihak pembangkang mengatakan bahawa penggunaan AirAsia untuk pasukan keselamatan negara sebagai sokongan terhadap kroni. Mereka mempersoal kenapa tidak guna sahaja pesawat-pesawat tentera udara, dan ada juga yang agak �pelik� sehingga beri cadangan berbentuk jahil, terutamanya seorang kartunis, apabila tertulisnya �mana Sukhoi� dan sebagainya. 

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pertahanan telahpun membeli empat buah kapal pengangkut tentera, Airbus A400M Atlas, yang dijangka akan ada dalam inventori pada tahun 2015, kerana masih lagi dalam ujian dibawah pengendalian Airbus. Dengan panjang 45.1 meter dan lebar 42.4 meter, kapal lapan bila ini mampu mengangkut lebih daripada 125 tentera.

Buat masa sekarang, kita hanya mampu mengharapkan Lockheed C-130 Hercules, dimana kita mempunyai sebanyak 16 bilangan, tiga variasi. Tetapi jet-jet besar ini agak perlahan, justeru perlukan minyak yang sangat banyak; tambah, tidak mampu mengangkut lebih daripada 100 penumpang berserta senjata. Jadi, bolehkah kita harap Cessna 402B yang hanya mampu mengangkut sebanyak kurang daripada 10 penumpang? Tentunya tidak boleh. 

Kalau kita hantar satu battalion sahaja, kita boleh guna sekurang-kurangnya tiga daripada 8 jet CASA/IPTN CN-235M/M-VIP, yang mampu mengangkut sebanyak 44 penumpang (anggaran 130 penumpang dalam jumlah). Tetapi kerajaan telah menghantar sebanyak TUJUH batalion, berjumlah sebanyak beratus-ratus orang. Tentunya jika kita memerlukan jet yang lebih besar iaitu, Airbus A320-200, yang Airasia miliki sebanyak 65 buah.

Jet komersial ini mampu mengangkut secara penuh sebanyak 200 penumpang. Jadi, persoalan utama, sudah kita ketiadaan jet-jet besar, adakah ini masa yang sesuai untuk berdebat kegunaan jet untuk menghantar pasukan keselamatan? 




Jet Boeing C-17 Globemaster III pun hanya mampu memuatkan sebanyak 150 penumpang sahaja. Berdasarkan pemerhatian dalam saya, memang sah yang banyak negara tidak akan menggunakan jet ketenteraan untuk membuat misi penghantaran unit ke mana-mana destinasi. Mereka sudah tentunya akan menggunakan jet komersial. Sebab yang paling mudah saya boleh kemukakan, negara kita tidak perlu jet-jet pengangkut yang besar kerana kita tidak pernah mengisytiharkan peperangan terhadap mana-mana negara, dan jet-jet pengangkutan yang kita ada pun sudah cukup untuk membuat penghantaran bantuan. 

Jadi untuk apa kita perlu miliki jet sebesar Antonov An-225 Mriya kalau kita bukan negara berperang? Sudah tentunya jet-jet tersebut yang �tidur� dalam pangkalan dan akan menelan kos penyelenggaraan yang sangat-sangat banyak. Inilah dia pemikiran pembangkang, yang tidak pernah berfikir secara mendalam, yang tidak pernah menyelami kelebihan dan kekurangan setiap jet dalam inventori. 

Sebab kedua kita tidak perlukan jet pengangkut tentera yang banyak kerana kita sudahpun memiliki Boeing 747-400 dan Airbus A380 dalam inventori Malaysia Airlines. Biar saya susun mengikut kelas untuk menunjukkan kepada anda semua ruangan:

Boeing 747: Kelas-1, 660+; Kelas-2, 500+; Kelas-3, 400+ 
Airbus A380: Kelas-1, 850+; Kelas-2, 600+; Kelas-3, 500+

Jadi saya rasa dari sini, anda mempunyai minda yang kuat untuk berfikir: Perlukah kita membeli jet pengangkut yang besar dan mahal untuk kegunaan sekali sekala yang akan menelan perbelanjaan dalam penyelenggaraan dan penerbangan secara jarang? Jadi kalau tidak guna Airasia atau Malaysia Airlines, bolehkah kita guna El Al Israel Airlines?


Kredit SSTDMM dan amRF

No comments:

Post a Comment