Friday 8 March 2013

Pasukan Forensik Ops Daulat Selamat Pulang




Sepang , 8 Mac 2013. Seramai 8 Pegawai dan anggota Forensik telah selamat pulang dari menjalankan tugas Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, diketuai oleh Supt. Soo Me Tong.

Mereka telah berada di sana dari 24 Februari 2013, menjalankan tugas-tugas mengesan mayat-mayat puak militan yang menceroboh Sabah dan mengenalpasti punca kematian mereka.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan, 'Team Forensik' tersebut, hampir ditembak oleh puak militan ketika menjalankan tugas mengesan mayat-mayat militan pada 6 Mac, di Kg.Tanduo selepas PDRM dan ATM mengempur tempat persembunyian mereka pada 5 Mac 2013.

- FB PDRM

No comments:

Post a Comment