Sunday 3 March 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU - DI UPDATE DARI MASA KE SEMASA

REFRESH ATAU UNTUK MAKLUMAT TERKINI DARI MASA KE SEMASA KLIK SINI



2200 : Operasi Tamat Di Sri Jaya, Semporna


SEDIH!!! Seorang Lagi Wira kita Terkorban dlm operasi terakhir di Sri Jaya, Semporna. 6 Penceroboh turut terbunuh.

Operasi Di Seri Jaya Tamat.




2130 : Majlis Tahlil


Tahlil Keluarga dan saudara Terdekat Allahyarham Supritenden Ibrahim Yang Terkorban Dalam Serang Hendap Malam Semalam dibuat selepas maghrib tadi ...Al-Fatihah





2105 : Kg Seri Jaya telah diserbu sebentar tadi. Semua yang terkandas sudah berjaya diselamatkan. Mayat 5 anggota Polis yang terkorban telah dihantar ke Hospital Tawau. Seorang yang cedera juga dihantar ke sana. Begitu juga mayat penceroboh. Alhamdulillah.


Kes di Semporna Dijangka Selesai tidak lama lagi. Baki 7 penjenayah telah ditahan di Balai Polis Semporna


1735 : 4 Rakyat Malaysia Jadi Tebusan???


Jamalul Kiram III mendakwa pihaknya menahan empat pegawai polis Malaysia semasa pertempuran di Semporna yang turut menyebabkan kematian lima anggota polis, semalam.

Baca Lagi Di Sini





1720 : Nasihat Daripada K. Menteri Sabah

Ketua Menteri Sabah minta rakyat Sabah yakini kewibawaan pasukan keselamatan kawal keadaan




1710 : KENYATAN MEDIA PDRM

Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.


"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.


"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini. 

Baca Lagi Di Sini


1700 : Pesara Cina Buat Laporan Polis Kepada Tian Chua


Seorang lelaki Cina jam 12:15 tengah hari tadi telah membuat laporan polis terhadap Chua Tian Chang (Tian Chua) berhubung kenyataannya, kematian dua orang anggota polis di Lahad Datu dua hari lepas adalah SANDIWARA UMNO-BN.

Pengadu, TEH HOCK YONG yang juga merupakan seorang pesara tentera dari Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap telah mengadu, tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR yang mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian dua orang petugas keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina hanyalah sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat.



1650 : ATM Siap Siaga Di Laut, Darat dan Udara







Gambar di petik dari blog KLexpress. 




1615 : Penglibatan Pemimpin Pembangkang Malaysia


Akhbar harian terkemuka Filipina melaporkan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah -


1600 : PM arah siasat penglibatan pemimpin pembangkang 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah..



1540 : Penceroboh Dipukul Mati Penduduk





Seorang Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna


Insiden yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah semakin hangat apabila seorang penceroboh yang bersenjatakan M-16 dilaporkan telah dipukul sehingga mati oleh penduduk Kampung Senaallang Lama, Semporna.

Berita ini telah disahkan melalui akaun Twitter Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama sebentar tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Diharapkan insiden ini selesai segera dan semoga keamanan yang dimiliki oleh rakyat di Sabah selama ini kembali pulih sedia kala dalam masa yang terdekat ini.

Selain itu, diharapkan juga tiada lagi pertempuran darah yang melibatkan pejuang negara terkorban seperti sebelum ini.- 




1530 : RISIKAN TENTERA


Risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak.

"Kita mempunyai rancangan dan sudah mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.


"Tetapi ia perlu mengambil masa. Kita harus mempunyai perancangan menyeluruh bersama polis bagi menyelesaikan perkara ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

No comments:

Post a Comment