6 MAC 2013 (Rabu)
KLIK SINI ATAU REFRESH UNTUK MAKLUMAT TERKINI. DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA
7.30 ptg - Seorang wartawan tercedera semasa operasi mengejar dan menahan pengganas oleh pasukan Paskal
Berita penuh Di Sini
7.10 ptg - Pasukan keselamatan yakin masih ada saki baki pengganas di Kg Tanduo. Operasi diperluas hingga ke Kampung Tanjung Batu - Panglima Angkatan Tentera.
- Operasi penggeledahan diteruskan untuk mencari senjata yang dipercayai ditanam di Kampung Tanduo - Panglima Angkatan Tentera
6.50 ptg - KPN mengesahkan beberapa pengganas berjaya ditembak mati di 3 lokasi tembak menembak di sekitar Tanjung Batu (kejadian kira-kira pd jam 4.15 ptg)
Jumlah kematian belum dapat disahkan.
6.35 ptg - Gambar kubur yg lebih jelas ditunjukkan oleh Zahid Hamidi
6.25 ptg - Tidak ada sebarang laporan diterima berhubung dakwaan rakyat Malaysia ditawan penceroboh - KPN
6.00 ptg - Pusat Media di Felda Residence Gempar apabila sebuah bot cuba mendarat di pantai berdekatan (kira-kira jam 3.30 ptg)
- Susulan itu, pasukan paskal mengejar dan berjaya menahan 2 individu lelaki yang berada dalam bot berkenaan
4.50 ptg - Gambar kubur penceroboh yang ditunjukkan oleh Zahid kepada media
4.35 ptg - Lagi Gambar Suspek yang ditangkap di Semporna
4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi
- 13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
- CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
- Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
- Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
- Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
- Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
- Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
- Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media
3.40 ptg - Kawalan Di Felda Sahabat
3.30 ptg - Anggota Keselamatan memulakan operasi menggeledah rumah ke rumah di Kg. Tanjung Batu. bagi memburu pengganas.
3.05 ptg - Suspek yang ditahan juga memiliki syabu
Berita Penuh KLIK SINI
3.00 ptg - 4 Suspek Penceroboh Ditahan Jalan Lapangan Terbang 5 KM Dari Pekan Semporna Dalam Operasi Khas jam 12 Tengahari tadi.
No comments:
Post a Comment