Saturday 9 March 2013

TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 10 MAC 2013

Dikemasikini dari masa ke semasa. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT TERKINI


11.40 pg - keadaan di pusat pemindahan sedikit kecoh

- lagi gambar operasi diedarkan oleh ATM


Bot pancung digunakan pengganas Sulu dimusnahkan.





Senjata yang dirampas dari pengganas Sulu.



11.05 pg - Pengawasan di Kawasan Operasi







Operasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata




11.00 - Sidang akhbar pagi dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib

- Anggota yang tercedera berusia 25 tahun dan dihantar ke Hospital Sandakan

- Menafikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusian kepada rakyat Filipina di Sabah.

- kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi

- mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuran

- Anggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha

- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan

- Malam tadi pukul 8 malam anggota keselamatan bertempur selama enam jam dan dua anggota keselamatan cedera. Pertempuran berlaku di Tg. Batu

- 85 orang ditahan bagi membantu siasatan (tali barut penceroboh)


10.10 pg - PDRM menimbang untuk menambah anggota keselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur  Sabah

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.







TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 10 MAC 2013 (PART 2)


No comments:

Post a Comment