Tuesday 12 March 2013

TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 12 MAC 2013 (PART 2)

Dikemasikini dari masa ke semasa. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT TERKINI



8.30 mlm - Seorang lagi anggota tentera meninggal dunia apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini.

Arwah adalah dari Batalion 3 RAMD, Kota Kinabalu. Butiran belum disahkan.


- Pesuruhjaya Polis Sabah


8.10 mlm - SIDANG MEDIA PPS

- SECARA rasmi 56 pengganas telah terkorban dengan hanya 24 berjaya dibawa keluar setakat ini.

- Usaha mengeluarkan mayat terhenti disebabkan pertempuran hari ini

- masih kekal 97 orang Tahanan SSA Untuk bantu Siasatan

- Pertempuran berlaku dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang tadi.




6.45 ptg - Jenazah Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan 


- Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka Tiba di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi -Ahmad Zahid Hamidi




6.05 ptg - Petugas Media memenuhi Hospital Lahad Datu Ketika Ini

5.30 ptg - YAB TPM - Setiap Keluarga yang terjejas dalam Ops Daulat diberi bantuan RM1,000.00 manakala rumah - rumah penduduk yang rosak akan dibantu untuk pembaikan (bina semula atau baiki)



5.05 ptg - Pemberita sedang menanti PAT dan KPN bagi sidang media yang dijadualkan jam 5.30 ptg ini.



4.55 ptg - Anggota yang terkorban ditembak oleh "Sniper" pihak pengganas secara serang hendap



- RASMI : 8 Anggota PDRM dan 1 ATM  telah SYAHID mempertahankan  kedaulatan negara.



AL-FATIHAH....



- Jumlah pengganas yang terkorban pula setakat ini 56 orang




4.40 ptg - Lagi satu berita sedih diterima dari Lahad Datu..... (Perlukan Pengesahan)



(Bagi menghormati keluarga, dan mereka-mereka yang berkaitan, gambar2 tidak diupdate buat masa kini)



4.35 ptg - RASMI



- Seorang wira kita gugur SYAHID dari kem 7RAMD Kukusan Tawau 1163468 Pbt Mohd Hurairah. ALLAHU AKHBAR!!



Al-Fatihah.





4.00 ptg - berita sedih diterima dari Hospital Sandakan. Walaubagaimanapun biarlah pihak yang sepatutnya membuat KENYATAAN RASMI ini.





2.55 ptg - ATM melaporkan tembak-menembak berlaku antara anggota keselamatan dengan pengganas di Sungai Nyamuk pagi.





- Insiden berlaku apabila anggota keselamatan diserang hendap oleh pengganas

- 3 pengganas ditembak mati, dan dua lagi yang cedera melarikan diri

- Seorang anggota keselamatan turut tercedera dan diterbangkan ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan


MENANTIKAN SIDANG MEDIA

TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 12 MAC 2013 (PART 1)

No comments:

Post a Comment